Tags

, ,

CIRI CIRI SUAMI PILIHAN

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1. Kuat agamanya,
Biar sibuk sekalipun, solat fardhu tetap terpelihara.Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya.Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman Anda.

2. Baik akhlaknya,
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut. Sopan tutur kata gambaran pribadi dan hati yang mulia. Punya rasa hormat pada warga tua.

3. Tegas mempertahankan maruah,
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibility dan maruahnya sebagai seorang Muslim?

4. Amanah,
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. Pemurah tetapi tidak boros,
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya,
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. Terbatas pergaulan,
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rekan pergaulannya,
Rekan-rekan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang shaleh.

9. Bertanggungjawab,
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapak dan ahli keluarganya. Jika ibu bapaknya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah,
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak…

Salam Santun salam Ukhuwah fillah…

Facebook – Sebelum Engkau Halal Bagiku